Monday, July 15, 2013

G2020 Socket 1155 vs Core 2 Quad Q6600 Socket 755

vs


Kami pasti ramai yang tertanya-tanya adakah Core 2 Quad masih relevan dari segi harga dan sistem keseluruhannya. Core 2 Quad adalah processor Intel dengan 4 core yang lahir 6 tahun dulu. Core 2 Quad adalah raja processor untuk socket 775 Intel. 

Namun, tentu ramai yang tidak tahu bahawa processor Intel Dual Core seperti G2020 (maaf, ungkapan Dual Core ini sengaja kami guna untuk pemahaman) soket 1155 lebih kurang sama prestasinya dengan Core 2 Quad Q6600, malahan harganya lebih murah dan secara keseluruhannya lebih baik menggunakan sistem 1155 dengan processor G2020 daripada sistem 775 dengan processor Core 2 Quad.

Core 2 Quad yang masih berlegar dalam pasaran sekarang ini kebiasaanya adalah processor terpakai dan dijual tanpa heatsink (sudah tentu perlu tambahan kos untuk membeli heatsink) sedangkan G2020 adalah processor baru berserta heatsink dan waranti dari penjual dan kilang. 

Motherboard 1155 juga menggunakan RAM DDR3 yang lehih laju dan lebih murah (RM per GB) berbanding sistem 775 yang kebanyakannya menggunakan RAM DDR2 (ada juga motherboard 775 yang boleh menggunakan DDR2 atau DDR3 atau DDR3 sahaja).

G2020 juga menggunakan kuasa yang lebih rendah, mempunyai GPU terbina dalam dan core clock yang lebih tinggi. Q6600 pula mungkin kelihatan memikat dengan 4 core / 4 thread dan L2 cache 8MB berbading G2020 hanya 1MB.

Bencmark Q6600 ialah 2971 lebih sedikit dari benchmark G2020 dengan nilai 2870.

Konklusinya, jika anda mempunyai bajet yang mencukupi bertukarlah kepada sistem 1155 berbanding menaiktaraf sistem 775 yang sedia ada. Sistem lama anda boleh dijual dalam mudah.my atau pasaran online yang lain dengan harga RM 250 hingga RM 350 yang boleh digunakan untuk menampung kos sistem 1155 anda yang baru.

Jika anda berminat untuk memiliki sistem 1155 yang lengkap, sila KLIK

Rujukan : http://cpuboss.com/cpus/Intel-Pentium-G2020-vs-Intel-Core2-Quad-Q6600